Jalur Gemilang
Bendera Malaysia, bergelar Jalur Gemilang merupakan kombinasi lambang Islam tradisi dan Bintang serta Jalur. 14 jalur dan 14 bucu bintang menggambarkan 14 negeri manakala bulan sabit serta bintang pula menggambarkan Islam sebagai agama dominan.
Sejarah Jalur Gemilang
Pada 1949 satu pertandingan merekacipta bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan. Sebanyak 373 penyertaan telah dikemukakan di mana 3 berjaya ke peringkat akhir. Rekaan En. Mohd bin Hamzah dari Jabatan Kerja Raya telah diisytiharkan sebagai pemenang.
Bendera itu mempunyai 11 jalur merah putih berselang-seli. Bulan sabit serta bintang berbucu 11 berwarna kuning melambangkan kedaulatan Yang Di Pertuan Agong manakala warna biru melambangkan gabungan dengan Komanwel.
Ia telah diluluskan oleh King George VI pada 19 Mei 1950, dan mula dikibarkan dalam satu upacara khas diadakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan istana Sultan Selangor, yang dihadiri oleh Raja-raja Melayu dan pegawai-pegawai British.
Pada 1963 tiga lagi negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai persekutuan. Kini namanya diubah menjadi Malaysia. Bilangan jalur pada bendera ditambah menjadi 14, begitu juga bilangan bucu bintang.
Bagaimanapun pada 1965, Singapura meninggalkan Malaysia, tetapi bendera Malaysia kekal tidak berubah. Kini jalur dan bucu ke-14 itu secara rasmi melambangkan Wilayah Persekutuan.
Sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang
SILA LAYARI:
http://sssz.tripod.com/MAL.gif
Penjelajahan Ilmu
Bermula dengan keinginan untuk menambah ilmu mengenai marga Nasution di
samping memperluaskan jalinan silaturrahim, Mamak Zul Amin telah membawa
seluruh keluarganya pergi menjelajah. Beliau juga mempelawa saya dan isteri (Zaitun Zainuddin)
supaya turut serta. Kemboja Putih yang bertindak sebagai penyelaras perjalanan
bagi pihak Mamak Zul Amin datang bersama anaknya, Izzuddin.
Di rumah Md Nasir Siregar (Kg. Gua Badak, Lenggong)
Pada 17 Julai bermulalah perjalanan kami dari Kuala Lumpur menuju ke Lenggong. Kami warga Kuala Lumpur yang daif di segi ilmu mengenai kaum sendiri disambut penuh ukhuwah oleh Md Nasir Siregar yang berbesar hati membawa kami ke rumah ibunya di Kg. Gua Badak. Lewat petang itu kami juga dibawa melihat pemandangan indah di Tasik Raban.
Di Tasik Raban Resort
Pada 17 Julai bermulalah perjalanan kami dari Kuala Lumpur menuju ke Lenggong. Kami warga Kuala Lumpur yang daif di segi ilmu mengenai kaum sendiri disambut penuh ukhuwah oleh Md Nasir Siregar yang berbesar hati membawa kami ke rumah ibunya di Kg. Gua Badak. Lewat petang itu kami juga dibawa melihat pemandangan indah di Tasik Raban.
Di Tasik Raban Resort
Disebabkan bilangan kami ramai dan di penginapan di Tasik Raban Resort pula
telah penuh, kami membuat keputusan menginap di Hotel Heritage, Ipoh.
Pada 18 Julai, selepas makan tengah hari di di Restoran Nasi Kandar Vanggey Vanggey, Greentown, Ahmad Haji Hussein Rangkuti menjemput kami ke rumahnya supaya dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ibunya. Suasana di sini meriah dengan rasa kekeluargaan.
Di rumah Ahmad Haji Hussein Rangkuti
Pada sebelah malamnya kami dikunjungi oleh Fauzi Harahap, Sham Shahrul, Ahmad Haji Hussein Rangkuti, Hasni Malik Nasution, C Nar Yah, Pae Harahap. Lebih menggembirakan lagi, pemilik bengkel SOHIGH, Anisah Mn dan suami turut serta, walaupun terpaksa bergegas dari Langkawi di mana beliau memberi kursus mengenai kayu beberapa hari sebelum itu.
Di rumah Ahmad Haji Hussein Rangkuti
Pada sebelah malamnya kami dikunjungi oleh Fauzi Harahap, Sham Shahrul, Ahmad Haji Hussein Rangkuti, Hasni Malik Nasution, C Nar Yah, Pae Harahap. Lebih menggembirakan lagi, pemilik bengkel SOHIGH, Anisah Mn dan suami turut serta, walaupun terpaksa bergegas dari Langkawi di mana beliau memberi kursus mengenai kayu beberapa hari sebelum itu.
Majlis Mendalami Ilmu
Di sini kaum wanitanya belajar bahasa Mandailing dengan `pakar bahasa` Hasni
Malik Nasution. Berbagai perkataan lucu yang kami belajar sehingga ketawa pecah
perut dek telatah Hasni yang kelakar.
Kaum lelakinya pula berbual mengenai Mandailing dan lain-lain. Sementara
itu Ahmad Haji Hussein Rangkuti bercerita dengan saya mengenai kaitan
keluarganya dengan keluarga saya.
18 Jul 2012 di Restoran Nasi Vanggey
Pada pagi 19 Julai pula kami berkunjung ke bengkel SOHIGH di Chemor di mana
kami mendapati diri kami dikelilingi berbagai bentuk wakaf yang indah-indah.
Rambang mata dibuatnya. Anisah Mn walaupun masih kelihatan keletihan, tetap
juga menjamu kami.
Bengkel SOHIGH di Chemor
Ketua kampung itu, Haji Abdul Rahman dan keluarga bersusah payah
menyediakan makanan asli Mandailing buat kami. Yang paling sedap tentulah Pucuk
Ubi Tumbuk dan Ikan Keli Salai.
Di sini Pak Rosli Nasution yang berpengetahuan luas mengenai asal usul
Mandailing telah bercerita panjang lebar mengenai hal itu. Bermula dengan
pembukaan kampung kaum Mandailing di Kg Air Tawar dan Kg Sungai Bil,
kedua-duanya di Perak, serta Kg Kerangai di Negeri Sembilan.
Kami semua kembali ke Kuala Lumpur lewat petang itu. Jalinan silaturrahim
ini menjadikan kami lebih berilmu mengenai asal-usul kami dan siapa kami
sebenarnya.
Semua ini tidak akan berlaku tanpa hasil usaha Mamak Zul Amin. Kami semua
cukup berterima kasih kepada beliau dan kami rasa berbesar hati kerana beliau
sudi melibatkan kami dalam penjelajahan ilmu ini.
TERIMA KASIH!!! HORAS!!!
VIDEO semasa di Kg Sungai Bill LOG ON:
http://zikry56100.tripod.com/SG.%20BIL.htm
http://zikry56100.tripod.com/SG.%20BIL.htm
Masuk Marga
MASUK MARGA
Bila seorang lelaki
bukan mandailing berkahwin dgn wanita mandailing, sebelum bernikah
dia akan menjalani satu upacara dinamakan masuk marga mcm dalam
gambar ini. Ketika itu marganya ditetapkan oleh ketua upacara. Marganya
tidak boleh sama dengan marga bakal
pengantin
perempuan. Setelah itu barulah mereka boleh bernikah.
Masjid Papan - Tertua di Perak
MASJID PAPAN yang dibina pada tahun 1888 oleh penghulu Papan, Raja Bilah (1834-1911) adalah masjid tertua dalam bentuk asalnya di negeri Perak. Malah Masjid Papan adalah masjid Mandailing yang tertua di negeri itu, dan barangkali di Malaysia.
Masjid Papan yang juga dikenali sebagai Masjid Raja Bilah sempena nama pengasasnya mencerminkan seni bina Mandailing. Seperti masjid-masjid tempatan yang ditegakkan pada awal kurun ke-19, Masjid Papan tidak mempunyai menara dan kubuh bawang seperti masjid-masjid yang dipengaruhi oleh seni bina Turki dan India Moghul. Bentuk dan seni bina Masjid Papan serupa dengan masjid-masjid kayu yang masih boleh ditemui di Tapanuli Selatan, dan kerana itu, besar kemungkinan Masjid Papan dibina oleh tukang-tukang Mandailing.
Sepanjang Masjid Papan digunakan sebagai sebuah masjid, ianya diimarahkan oleh jamaah Islam Mandailing, Talu, Rawa, Jawa, Melayu dan ìBenggali Islamî sehingga Perang Dunia Kedua.
Kemudian masjid itu digunakan sebagai sebuah surau oleh kaum keluarga Raja Bilah, dan pelawat-pelawat beragama Islam yang mengunjungi pekan Papan yang bersejarah itu.
Masjid Papan (atas) dan sebuah masjid Mandailing di Tapanuli Selatan (bawah). Kedua-dua masjid itu diperbuat dari kayu. Bentuk anjung mihrab, bumbung dua lapis dan tunjuk langitnya serupa sahaja.
Anak lelaki tertua Raja Bilah, Raja Yacob telah mendapatkan Jabatan Ukur Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menyukat tapak tanah masjid itu dan mewartakan kawasan masjid.
Tapak masjid itu seluas 0.087 ekar diisytiharkan sebagai "Mosque Reserve" pada 6 April
1923, sementara kawasan masjid itu diwartakan sebagai "tanah larangan tapak masjid tempat sembahyang bagi orang2 Islam dijagai oleh Penghulu mukim Papan dan Imam Masjid Papan" pada 3 November 1923.
Makanya masjid itu telah diwakafkan dengan rasminya sebagai wakaf umum dengan kehendak agama Islam. Maka masjid itu menjadi milik Allah, dan kerana itu adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menjaga maruah masjid itu.
Keadaan terancam masjid itu telah sampai kepada pengetahuan umum sejak 1992, apabila sebahagian bumbung zink masjid itu diterbangkan angin kencang dan mendedahkan lantas masjid itu kepada hujan. Lantainya sudahpun reput dibaham hujan dan dimakan anai-anai. Sehingga kini, tida ada tindakan amaliah diambil oleh orang Islam atau pihak berkuasa untuk menyelamatkan masjid itu.
SUMBER : http://www.mandailing.org/ind/rencana5.html
Makanya masjid itu telah diwakafkan dengan rasminya sebagai wakaf umum dengan kehendak agama Islam. Maka masjid itu menjadi milik Allah, dan kerana itu adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menjaga maruah masjid itu.
Keadaan terancam masjid itu telah sampai kepada pengetahuan umum sejak 1992, apabila sebahagian bumbung zink masjid itu diterbangkan angin kencang dan mendedahkan lantas masjid itu kepada hujan. Lantainya sudahpun reput dibaham hujan dan dimakan anai-anai. Sehingga kini, tida ada tindakan amaliah diambil oleh orang Islam atau pihak berkuasa untuk menyelamatkan masjid itu.
SUMBER : http://www.mandailing.org/ind/rencana5.html
BATU GAJAH
Charles Alma Baker, House
Rumah ini dahulunya dimiliki
oleh Charles Alma Baker yang dilahikan di
Otago, New Zealand.
Asalnya ia merupakan rumah berbumbungkan atap, mungkin telah dibina pada 1890 atau
1900. Charles Alma Baker seorang juruukur, pelombong dan peladang dari New
Zealand yang tiba di Batu Gajah pada lewat 1890an. Dia bertugas di Pejabat
Tanah Kinta dan dalam kerja-kerja pembinaan jalan di Perak Selatan. Dia dianggap
salah seorang perintis yang menyumbang dalam pembangunan Batu Gajah.
Mulanya Alma Baker diberi
kontrak untuk kerja-kerja ukur bagi kerajaan Perak sebelum kontraknya
ditamatkan pada 1897 setelah kejituan kerja ukurnya menyebabkan siasatan
dijalankan ke atas aktivitinya. Konsesi perlombongannya yang paling
menguntungkan ialah di Gunung Lanno yang kemudiannya membiayai penglibatannya
dalam perladangan getah.
Komen rakan saya:
Benarlah seperti kata Azhar Rangkuti. Rumah Charles Alma Baker telah mengalami perubahan bila ia dibina semula di Setiu, Terengganu oleh pemilik barunya. Kini ia dinamakan RUMAH OMBAK.
Komen rakan saya:
Azhar Rangkuti
Rumah
ini telah dibeli, dibuka dan dibina semula oleh seorang tokoh korporat di Terengganu. Kisahnya pernah keluar di STAR beberapa tahun lalu . Dulu, masa duduk Bemban, selalu pass by rumah ni (dekat kem askar), bila nak ke pekan atau Changkat
.
Dengar khabar D.O. kena tukar sebab Sultan murka sebab
rumah ini dijual tanpa pengetahuannya.
Mak Yong
Mak Yong adalah taridrama berasal dari Kelantan, dipersembahkan oleh pelakon-pelakon wanita dengan diiringi pemuzik lelaki yang memainkan rebab, serunai, 2 gong dan 2 gendang. Gendang, gong atau serunai boleh ditambah.
Biasanya cerita Mak Yong mengambil beberapa malam untuk ditamatkan. Ringkasan bentuk persembahan adalah seperti berikut:
Malam Pembukaan
Acara pembukaan – terdiri daripada berbagai ritual,
termasuk lagu pembukaan alu-aluan "Sedayung Pak Yong" yang
dinyanyikan oleh seorang bomoh.
Pendahulu muzik pembukaan – sehingga para pelakon
wanita berada di pentas
Lagu kemasukan - "Pak Yong Turun",
instrumental
Lagu-lagu nyanyian
1. Menghadap Rebab (tarian dan nyanyian untuk
mengalu-alukan rebab)
2. Sedayung Pak Yong
3. Sedayung Mak Yong
4. Lagu pengenalan bagi watak-watak
5. Pecah cerita (cerita utama bermula)
Malam-malam Berikut
Lagu isyarat - "Bertabuh" (memukul
gendang dan gong)
Pendahulu muzik pembukaan – sehingga para pelakon
wanita berada di pentas
Lagu kemasukan - "Pak Yong Turun",
instrumental
Lagu-lagu nyanyian
1. Menghadap Rebab (tarian dan nyanyian untuk
mengalu-alukan rebab)
2. Pecah cerita (cerita utama bermula)
Repertoire lengkap mengandungi lebih daripada 30
karya muzik. Ini dibahagikan kepada dua jenis utama: karya muzik gendang, dan
karya nyanyian. Muziknya terdiri daripada 3 lapisan bunyi: melodi, irama
gendang, dan bentuk muzik.
LOG ON: http://zikry56100.tripod.com/BUDAYA5.htm
KOMEN KAWAN-KAWAN
Bdol
Plangi
Saya ada gendang anak manora @ makyong.. Taridra mayong secara live memang sangat hebat dan
membuat hati begitu teruja sekali dengan iringan muzik berhantunya itu.. hehee!
Saya jarang
miss..
Sma
Lubis
Mana tak suka, mek-mek yang berlakon tu come lote.
Bdol
Plangi
Tiket paling mahal yang saya pernah saya ada ialah
RM1,000-00.. VIP dengan Perdana Menteri.. Itu pun free sebab jadi urusetia
penganjur la mamak Sma Lubis..
hikhikk!
Bdol Plangi
Dulu masa zaman GPMS.. dia orang rajin anjur makyong untuk kutipan amal..
hehee!
Sma
Lubis
Betul tu.
Bdol Plangi
Primadona makyong tu dah arwah kan mamak.. Datuk
Khatijah.. Lama dah tak dengar cerita dia.. hehee!
Sma
Lubis
Ya. Sedekahkan Fatihah kepada Allahyarham Datuk
Khatijah.
Bdol Plangi
Memang hebat persembahan mereka ni.. Itu yang
saya terbayang andaikata kita mampu taridrakan pulak epik kita.. walaupun tak
sehebat makyong tapi tak kalah dengan makyong.. hehee!
Kemboja
Putih N
Betul, betul, betul
Zul Amin
Mak yong tidak ada duanya. Janganlah ada negara luar cuba nak... Apa
sajalah!
Kuda Kepang
KUDA KEPANG, sejenis tarian yang boleh menyebabkan
penarinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sangat popular di negeri
Johor. Tarian ini diiringi oleh
kumpulan genderang terdiri daripada 2
gendang, sepasang kenong, gong dan 5
angklung.
Ia mengkisahkan enam lelaki Jawa yang
menyebarkan Islam ke pedalaman Pulau Jawa. Untuk menarik perhatian orang ramai,
lelaki-lelaki ini menunggang kuda dan menceritakan semua peperangan yang mereka
menangi demi menyebarkan syiar Islam. Tarian ini dipersembahkan oleh sembilan
penari yang duduk di atas kuda dua dimensi diperbuat daripada kulit.
Komen rakan
Daniel Hariri:
Mantap, ternyata kuda kepang bukan hanya terkenal di
indonesia, mudah2an sampai seluruh dunia.
Rosli Nasution:
Bahaya ni yeop, luka lama berdarah kembali
Sma Lubis:
Ni kebudayaan Johor
Rosli Nasution:
Iya yeop, tapi berasal dari jawa, kebudayaan Jawa Johor
Dikir Barat
Dikir barat adalah gaya nyanyian yang berasal dari negeri Kelantan. Ia dikenali di seluruh Semenanjung Malaysia menerusi persembahan yang disiarkan di televisyen tempatan juga persembahan oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Bilangan anggota dalam kumpulan dikir barat tidak terhad. Kumpulan diketuai oleh seorang tukang karut yang mencipta rangkap dan menyanyikannya. Bahagian korus dinyanyikan secara beramai, rangkap demi rangkap. Kumpulan dikir barat selalunya dipersembahkan di berbagai pesta dalam bentuk hiburan yang ringan. Rangkapnya boleh menyentuh sebarang topik dan isu. Secara tradisi, korus dinyanyikan oleh kaum lelaki, tetapi kumpulan moden, terutama yang membuat persembahan di televisyen selalu juga disertai wanita. Secara tradisi, tiada alat muzik yang digunakan. Nyanyian diiringi oleh tepukan berirama dan pergerakan tubuh. Ada juga sesetengah kumpulan yang menggunakan rebana, gong dan maracas sebagai pengiring nyanyian.
Komen Fauzi Harahap
Ada gendang ibu dan gendang
anak, Dikir Barat asalnya dari India yang dipelopori oleh golongan India Utara
Muslim, asal perkataan barat itu adalah Bharat - nama lain negeri India, dulu
orang India Muslim berzikir dengan cara seperti itu, sebab itu dipanggil zikir
dari Bharat, loghat Kelantan dikir barat, kita boleh lihat kadang-kadang ada
diselitkan acara ini dalam filem-filem Hindustan.
Boria
BORIA adalah nyanyian,
lakonan dan tarian tradisional, umumnya dimainkan di Pulau Pinang.
Ia merupakan pantun yang dipersembahkan dalam gaya muzik barat dengan langkah tari seperti quick-step,
rhumba atau soul. Mungkin ia dibawa masuk ke Malaysia bertahun-tahun dahulu oleh
pedagang-pedagang India Muslim, namun hari ini ia sinonim dengan masyarakat
Melayu Pulau Pinang. Biola, marakas dan tabla diguna untuk mengiring nyanyiannya,
tetapi ada juga yang menggunakan kumpulan muzik pop.
Komen Fauzi
Harahap
dah malap
persembahan kebudayaan ni, dulu sebelah utara M'sia top dgn Boria dan Ghazal
Party kedua-duanya asal dari India
Komen Zul
Amin
Boria adalah
sesuatu persembahan yang tidak ada duka nya. Jika kita hendak bergembira
bersama keluarga, saya ingat Boria paling sesuai. Dan kandongan persembahan
adalah terkini. Kupasan dan teguran mengenai ehwal semasa dibuat secara santai,
tetapi effective. Pihak yang kena kritik pun turut boleh ketawa. Ada lawak jenaka, tarian
yang disusun kemas dan nyanyian secara usik sindiran.
Sunggoh
menyeronokan. Personaliti Lawak sering lahir dari persembahan Boria. Pakaian
perserta sungguh mengancam.
Nobat Kedah
Ketika
upacara Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah awal
tahun ini, rakyat Malaysia
berpeluang melihat persembahan Nobat dari negeri Kedah. Walaupun negeri-negeri
lain seperti Terengganu, Perak dan Selangor juga memiliki muzik diraja itu,
Nobat Kedah adalah yang tertua.
Dipercayai Nobat bermula apabila Sultan Kedah, Sultan Mohammad Jiwa melawat India. Baginda telah mendengar Nobat
dimainkan dalam salah sebuah istana. Baginda serta-merta jatuh cinta dengan
bunyi muzik itu. Sekembali ke Kedah, baginda memerintahkan Nobat dipersembahkan.
Bagaimanapun, baginda tidak mengekalkan tiga daripada alat muzik Nobat asal
iaitu Serunai panjang dan dua Gong Hindu. Oleh kerana itu, pada hari ni Nobat yang dimainkan hanya menggunakan enam
alat muzik.
Pemuziknya dinamakan Orang Nobat. Notasi lagu-lagunya iaitu Lagu Perang, Raja Burung, Belayar, Perang, Mambang Berkayuh,
Seratan dan Dewa Raja dicatatkan
dalam tulisan Jawi. Setiap nota
dinamakan ‘dai’.
Bahan yang diguna untuk membuat alat-alat muzik ini terdiri daripada akar rotan,
kulit rusa, kulit harimau hingga ke bahan perak. Nobat Kedah ditempatkan dalam bangunan indah di tengah bandar Alor Star dinamakan Balai Nobat. Terdapat beberapa
syarat yang mesti dipatuhi ketika mengendalikan alat-alat muzik ini. Misalnya, pemuzik
yang membuat persembahan di istana mesti keluar daripada Balai Nobat mengikut
cara yang telah ditetapkan. Mahaguru yang menjadi ketua adalah yang pertama
keluar dan tiada seorang pun dibenarkan melintas di hadapannya pada bila-bila
masa pun. Berpakaian rasmi serba hitam dengan kain samping songket dan
tengkolok, Orang Nobat kelihatan begitu segak, melambangkan warisan dan budaya.
Alat muzik Nobat:
Tongkat Cokmar Diraja - diperbuat daripada rotan semambu berukuran 1.8m.
Nobat hanya boleh dimainkan apabila Mahaguru memegang alat ini yang dibalut
dengan baldu kuning diraja. Apabila pembalut baldu ini lusuh, ia tidak
digantikan. Sebaliknya, baldu baru dijahitkan di atasnya.
Nahara - gendang kecil yang diperbuat daripada kayu terpilih dan kulit
rusa.
Gendang Ibu dan Gendang Anak - gendang bersaiz sederhana yang diperbuat
daripada kulit harimau atau kulit kambing. Kayu pemukulnya diperbuat daripada
kayu Kemuning.
Nafiri - trompet diperbuat daripada perak tulen dan panjangnya kurang
daripada 1 meter.
Serunai - mempunyai tujuh lubang
pada permukaan dan satu lubang di bahagian bawah.
Gong - diperbuat daripada gangsa.
Pada hari-hari biasa, Nobat dimainkan pada masuk waktu solat. Dalam upacara
khas, Nobat hanya boleh dimainkan dengan
izin Sultan Kedah, seperti:
Ketika upacara pertabalan Sultan baru.
Hari keputeraan Sultan.
Perkahwinan diraja
Kemangkatan Sultan atau Sultanah, Raja Muda, putera, puteri dan anggota
keluarga diraja yang lain.
Ketibaan tetamu kehormat negeri Kedah
Mengumumkan Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan hari kebesaran Islam yang lain.
Komen Zul Amin
Keterangan dari sdr
sungguh mendidik. Instruments ini digunakan sebagai lambang dan cara keakraban
Raja dan Rakyat. Daulat Tuanku.
Dondang Sayang
http://sssz.tripod.com/BUDAYA2.htm
DONDANG SAYANG berasal dari Melaka pada abad ke-15. Kumpulan dondang sayang terdiri daripada 4 pemuzik yang memainkan biola, 2 rebana, sebuah gong atau tetawak. Ketua pemuzik selalunya adalah pemain biola yang menjadi tonggak dondang sayang, memberikan melodi tingkah bagi suara penyanyi. Pemuzik boleh bertukar-tukar alat muzik di antara persembahan, namun pemain biola tidak demikian, meskipun itu memang dibenarkan. Jika ada pemuzik simpanan, 5 rebana boleh digunakan. Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan tambur, atau kompang. Irama dondang sayang lembut perlahan, dengan lagunya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan irama biola, kemudian rebana dan disusuli pula oleh gong. Suara penyanyi masuk ketika bar yang ke-5. Gaya dondang sayang agak tidak formal dan liriknya pula terdiri daripada pantun-pantun cinta. Ada masanya alat muzik dondang sayang ditambah dengan akordian.
KOMEN ZUL AMIN:
Dondang Sayang Baba dan Nyonya
Kegemaran rakyat seluruh Malaysia
Rebana Ubi gendang
senada
Paluan membakar
semanggat waja.
Di Teluk Kemang air
nya biru
Ramai mandi dara
jelita
Lagi sekampung hati
merindu
Ini kan pulak jauh di
mata.
Enak sungguh kopi
yang pekat
Minum dengan si
goreng pisang
Sri Mersing dongengan
rakyat
Dugaan hidup di rantau
orang
Rebana Ubi
Rebana ubi adalah dram besar berbentuk kon, tingginya 1 meter dan ukuran
lilitannya 70
centimeter. Kumpulan Rebana Ubi beradu antara sama lain
dalam pesta selepas menuai dengan cara bermain dalam pola berirama saling
bersambung.
KOMEN ZUL AMIN:
Wow..Jelas gendang ini adalah gendang keriangan.. Meluahkan
rasa syukur atas rezki yang dilimpahi oleh Allah SWA. Jauh bezanya dengan
gendang orang seberang yang nampaknya ada unsur-unsur khurafat...Memuja roh
dan...dan...
Cuba baca artikel bertajuk `Tari Tradisional Mandaiing`
oleh Edi Nasution dalam laman Gondang Mandailing melalyui gondang
blogspot.com/2012/03/seni-tari. Baca tentang tor tor. You will learn
something...
Dulu atau sekarang tidak menjadi persoalannya. Yang jelas
ialah ia asalnya bertujuan memuja roh. Gerak-gerinya masih lagi sama. Asal
tujuan gendang rebana ubi hingga ke hari ini ialah luahan rasa kesyukuran dan
keriangan, gerak-gerinya masih lagi sama. Masih lagi tidak nampak perbezaannya?
Kalau tak nampak, tak apalah. Kita jangan membuang masa.
KOMEN AHMED YUSHAMUDDEN:
Sejenis gendang yang unik dan satu2nya di dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)