Pages

Bahaya Nyamuk



Nyamuk mampu menyebarkan segala jenis penyakit kepada manusia menerusi gigitannya  yang mengandungi bakteria dan virus. Demam malaria, demam denggi, Japanese Ensephalitis dan beberapa penyakit berbahaya lain terhasil apabila bakteria dan virus tersebut menyerang dan melemahkan sistem pertahanan tubuh manusia.

Nyamuk tidak menyerang mangsanya secara sembarangan. Menurut penelitian ahli entomologi, nyamuk
mempunyai deria baru yang sangat tajam. Dengan cara itu ia  memilih mangsanya yang terdiri daripada manusia berbau masam dan berbau kolesterol.

Nyamuk mengenali mangsanya menerusi bau nafas. Ketika nafas dihembuskan, karbon dioksida yang dikeluarkan itu bercampur dengan bau lain dan menghasilkan isyarat yang bergerak melalui udara. Isyarat itu menyedarkan sang nyamuk bahawa ada darah lazat yang siap untuk disantap.

Salah satu kajian menunjukkan bahawa sebenarnya nyamuk menghisap darah manusia untuk memenuhi keperluan kolesterol dan vitamin B yang tidak mampu dihasilkannya sendiri. Lantas ia mencari mangsa yang kaya kolesterol.

Selain itu bahan kosmetik yang menghaluskan kulit, ubat-ubatan seperti ubat sakit jantung, tekanan darah dan kolesterol tinggi juga mempunyai bahan yang menarik perhatian nyamuk.

Satu-satunya cara ialah dengan membersihkan kawasan luar dan dalam rumah daripada sebarang benda yang boleh menyebabkan air bertakung dan nyamuk membiak.

Pun begitu, kesihatan diri juga patut diberi perhatian. Cuba pertingkatkan kesihatan  dengan menurunkan paras kolesterol. Tanpa kolesterol berlebihan, nyamuk pasti kebuluran!