Pages

HORAS: Jalur Gemilang

http://sssz.tripod.com/MAL.gifHORAS: Jalur Gemilang

Jalur Gemilang


Bendera Malaysia, bergelar Jalur Gemilang merupakan kombinasi lambang Islam tradisi dan Bintang serta Jalur.  14 jalur dan 14 bucu bintang menggambarkan 14 negeri manakala bulan sabit serta bintang pula menggambarkan Islam sebagai agama dominan. 

Sejarah Jalur Gemilang

Pada 1949 satu pertandingan merekacipta bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan. Sebanyak 373 penyertaan telah dikemukakan di mana 3 berjaya ke peringkat akhir. Rekaan En. Mohd bin Hamzah dari Jabatan Kerja Raya telah diisytiharkan sebagai pemenang.

Bendera itu mempunyai 11 jalur merah putih berselang-seli. Bulan sabit serta bintang berbucu 11 berwarna kuning melambangkan kedaulatan Yang Di Pertuan Agong manakala warna biru melambangkan gabungan dengan Komanwel.

Ia telah diluluskan oleh King George VI pada 19 Mei 1950, dan mula dikibarkan dalam  satu upacara khas diadakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan istana Sultan Selangor, yang dihadiri oleh Raja-raja Melayu dan pegawai-pegawai British.

Pada 1963 tiga lagi negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai persekutuan. Kini namanya diubah menjadi Malaysia. Bilangan jalur pada bendera ditambah menjadi 14, begitu juga bilangan bucu bintang.
Bagaimanapun pada 1965, Singapura meninggalkan Malaysia, tetapi bendera Malaysia kekal tidak berubah. Kini jalur dan bucu ke-14 itu secara rasmi melambangkan Wilayah Persekutuan.

Sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang




SILA LAYARI:

http://sssz.tripod.com/MAL.gif


Penjelajahan Ilmu


Bermula dengan keinginan untuk menambah ilmu mengenai marga Nasution di samping memperluaskan jalinan silaturrahim, Mamak Zul Amin telah membawa seluruh keluarganya pergi menjelajah. Beliau juga mempelawa saya dan isteri (Zaitun Zainuddin) supaya turut serta. Kemboja Putih yang bertindak sebagai penyelaras perjalanan bagi pihak Mamak Zul Amin datang bersama anaknya, Izzuddin.
                   Di rumah Md Nasir Siregar (Kg. Gua Badak, Lenggong)

Pada 17 Julai bermulalah perjalanan kami dari Kuala Lumpur menuju ke Lenggong. Kami warga Kuala Lumpur yang daif di segi ilmu mengenai kaum sendiri disambut penuh ukhuwah oleh Md Nasir Siregar yang berbesar hati membawa kami ke rumah ibunya di Kg. Gua Badak. Lewat petang itu kami juga dibawa melihat pemandangan indah di Tasik Raban.

                                             
                                           Di Tasik Raban Resort

Disebabkan bilangan kami ramai dan di penginapan di Tasik Raban Resort pula telah penuh, kami membuat keputusan menginap di Hotel Heritage, Ipoh.

Pada 18 Julai, selepas makan tengah hari di di Restoran Nasi Kandar Vanggey Vanggey, Greentown, Ahmad Haji Hussein Rangkuti menjemput kami ke rumahnya supaya dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ibunya. Suasana di sini meriah dengan rasa kekeluargaan.




                               Di rumah Ahmad Haji Hussein Rangkuti  

Pada sebelah malamnya kami dikunjungi oleh Fauzi Harahap, Sham Shahrul, Ahmad Haji Hussein Rangkuti, Hasni Malik Nasution, C Nar Yah, Pae Harahap. Lebih menggembirakan lagi, pemilik bengkel SOHIGH, Anisah Mn dan suami turut serta, walaupun terpaksa bergegas dari Langkawi di mana beliau memberi kursus mengenai kayu beberapa hari sebelum itu. 

                                                Majlis Mendalami Ilmu
Di sini kaum wanitanya belajar bahasa Mandailing dengan `pakar bahasa` Hasni Malik Nasution. Berbagai perkataan lucu yang kami belajar sehingga ketawa pecah perut dek telatah Hasni yang kelakar.

Kaum lelakinya pula berbual mengenai Mandailing dan lain-lain. Sementara itu Ahmad Haji Hussein Rangkuti bercerita dengan saya mengenai kaitan keluarganya dengan keluarga saya.

 
Pada pagi 19 Julai pula kami berkunjung ke bengkel SOHIGH di Chemor di mana kami mendapati diri kami dikelilingi berbagai bentuk wakaf yang indah-indah. Rambang mata dibuatnya. Anisah Mn walaupun masih kelihatan keletihan, tetap juga menjamu kami.  


                                                  Bengkel SOHIGH di Chemor

Perjalanan seterusnya ialah ke Kg Sungai Bil di Slim River. Tempatnya agak jauh ke dalam. Namun dengan bantuan Pak Rosli Nasution, dapat juga kami sampai ke sana.

Ketua kampung itu, Haji Abdul Rahman dan keluarga bersusah payah menyediakan makanan asli Mandailing buat kami. Yang paling sedap tentulah Pucuk Ubi Tumbuk dan Ikan Keli Salai.



Di sini Pak Rosli Nasution yang berpengetahuan luas mengenai asal usul Mandailing telah bercerita panjang lebar mengenai hal itu. Bermula dengan pembukaan kampung kaum Mandailing di Kg Air Tawar dan Kg Sungai Bil, kedua-duanya di Perak, serta Kg Kerangai di Negeri Sembilan.

Kami semua kembali ke Kuala Lumpur lewat petang itu. Jalinan silaturrahim ini menjadikan kami lebih berilmu mengenai asal-usul kami dan siapa kami sebenarnya.

Semua ini tidak akan berlaku tanpa hasil usaha Mamak Zul Amin. Kami semua cukup berterima kasih kepada beliau dan kami rasa berbesar hati kerana beliau sudi melibatkan kami dalam penjelajahan ilmu ini.

TERIMA KASIH!!! HORAS!!!   

                                               VIDEO semasa di Kg Sungai Bill LOG ON:
                                              http://zikry56100.tripod.com/SG.%20BIL.htm
  

Masuk Marga


MASUK MARGA

Bila seorang lelaki bukan mandailing berkahwin dgn wanita mandailing, sebelum bernikah dia akan menjalani satu upacara dinamakan masuk marga mcm dalam gambar ini. Ketika itu marganya ditetapkan oleh ketua upacara. Marganya tidak boleh sama dengan marga bakal
pengantin perempuan. Setelah itu barulah mereka boleh bernikah.

Masjid Papan - Tertua di Perak




MASJID PAPAN yang dibina pada tahun 1888 oleh penghulu Papan, Raja Bilah (1834-1911) adalah masjid tertua dalam bentuk asalnya di negeri Perak. Malah Masjid Papan adalah masjid Mandailing yang tertua di negeri itu, dan barangkali di Malaysia.


Masjid Papan yang juga dikenali sebagai Masjid Raja Bilah sempena nama pengasasnya mencerminkan seni bina Mandailing. Seperti masjid-masjid tempatan yang ditegakkan pada awal kurun ke-19, Masjid Papan tidak mempunyai menara dan kubuh bawang seperti masjid-masjid yang dipengaruhi oleh seni bina Turki dan India Moghul. Bentuk dan seni bina Masjid Papan serupa dengan masjid-masjid kayu yang masih boleh ditemui di Tapanuli Selatan, dan kerana itu, besar kemungkinan Masjid Papan dibina oleh tukang-tukang Mandailing.

Sepanjang Masjid Papan digunakan sebagai sebuah masjid, ianya diimarahkan oleh jamaah Islam Mandailing, Talu, Rawa, Jawa, Melayu dan ìBenggali Islamî sehingga Perang Dunia Kedua.

Kemudian masjid itu digunakan sebagai sebuah surau oleh kaum keluarga Raja Bilah, dan pelawat-pelawat beragama Islam yang mengunjungi pekan Papan yang bersejarah itu.

Masjid Papan (atas) dan sebuah masjid Mandailing di Tapanuli Selatan (bawah). Kedua-dua masjid itu diperbuat dari kayu. Bentuk anjung mihrab, bumbung dua lapis dan tunjuk langitnya serupa sahaja.

Anak lelaki tertua Raja Bilah, Raja Yacob telah mendapatkan Jabatan Ukur Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menyukat tapak tanah masjid itu dan mewartakan kawasan masjid.

Tapak masjid itu seluas 0.087 ekar diisytiharkan sebagai "Mosque Reserve" pada 6 April 

1923, sementara kawasan masjid itu diwartakan sebagai "tanah larangan tapak masjid tempat sembahyang bagi orang2 Islam dijagai oleh Penghulu mukim Papan dan Imam Masjid Papan" pada 3 November 1923.

Makanya masjid itu telah diwakafkan dengan rasminya sebagai wakaf umum dengan kehendak agama Islam. Maka masjid itu menjadi milik Allah, dan kerana itu adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menjaga maruah masjid itu.

Keadaan terancam masjid itu telah sampai kepada pengetahuan umum sejak 1992, apabila sebahagian bumbung zink masjid itu diterbangkan angin kencang dan mendedahkan lantas masjid itu kepada hujan. Lantainya sudahpun reput dibaham hujan dan dimakan anai-anai. Sehingga kini, tida ada tindakan amaliah diambil oleh orang Islam atau pihak berkuasa untuk menyelamatkan masjid itu.

SUMBER : http://www.mandailing.org/ind/rencana5.html

BATU GAJAH

                                                         Charles Alma Baker, House

 Rumah ini dahulunya dimiliki oleh Charles Alma Baker yang dilahikan di Otago, New Zealand. Asalnya ia merupakan rumah berbumbungkan atap, mungkin telah dibina pada 1890 atau 1900.  Charles Alma Baker seorang juruukur, pelombong dan peladang dari New Zealand yang tiba di Batu Gajah pada lewat 1890an. Dia bertugas di Pejabat Tanah Kinta dan dalam kerja-kerja pembinaan jalan di Perak Selatan. Dia dianggap salah seorang perintis yang menyumbang dalam pembangunan Batu Gajah.
Mulanya Alma Baker diberi kontrak untuk kerja-kerja ukur bagi kerajaan Perak sebelum kontraknya ditamatkan pada 1897 setelah kejituan kerja ukurnya menyebabkan siasatan dijalankan ke atas aktivitinya. Konsesi perlombongannya yang paling menguntungkan ialah di Gunung Lanno yang kemudiannya membiayai penglibatannya dalam perladangan getah.

Komen rakan saya:


Azhar Rangkuti

Rumah ini telah dibeli, dibuka dan dibina semula oleh seorang tokoh korporat di Terengganu. Kisahnya pernah keluar di STAR beberapa tahun lalu . Dulu, masa duduk Bemban, selalu pass by rumah ni (dekat kem askar), bila nak ke pekan atau Changkat .
Dengar khabar D.O. kena tukar sebab Sultan murka sebab rumah ini dijual tanpa pengetahuannya.


 Benarlah seperti kata Azhar Rangkuti. Rumah Charles Alma Baker telah mengalami perubahan bila ia dibina semula di Setiu, Terengganu oleh pemilik barunya. Kini ia dinamakan RUMAH OMBAK. 

Mak Yong


 
Mak Yong adalah taridrama berasal dari Kelantan, dipersembahkan oleh pelakon-pelakon wanita dengan diiringi pemuzik lelaki yang memainkan rebab, serunai, 2 gong dan 2 gendang. Gendang, gong atau serunai boleh ditambah.
Biasanya cerita Mak Yong mengambil beberapa malam untuk ditamatkan. Ringkasan bentuk persembahan adalah seperti berikut:
Malam Pembukaan
Acara pembukaan – terdiri daripada berbagai ritual, termasuk lagu pembukaan alu-aluan "Sedayung Pak Yong" yang dinyanyikan oleh seorang bomoh.
Pendahulu muzik pembukaan – sehingga para pelakon wanita berada di pentas
Lagu kemasukan - "Pak Yong Turun", instrumental
Lagu-lagu nyanyian
1. Menghadap Rebab (tarian dan nyanyian untuk mengalu-alukan rebab)
2. Sedayung Pak Yong
3. Sedayung Mak Yong
4. Lagu pengenalan bagi watak-watak
5. Pecah cerita (cerita utama bermula)

Malam-malam Berikut
Lagu isyarat - "Bertabuh" (memukul gendang dan gong)
Pendahulu muzik pembukaan – sehingga para pelakon wanita berada di pentas
Lagu kemasukan - "Pak Yong Turun", instrumental
Lagu-lagu nyanyian
1. Menghadap Rebab (tarian dan nyanyian untuk mengalu-alukan rebab)
2. Pecah cerita (cerita utama bermula)
Repertoire lengkap mengandungi lebih daripada 30 karya muzik. Ini dibahagikan kepada dua jenis utama: karya muzik gendang, dan karya nyanyian. Muziknya terdiri daripada 3 lapisan bunyi: melodi, irama gendang, dan bentuk muzik.

LOG ON: http://zikry56100.tripod.com/BUDAYA5.htm
KOMEN KAWAN-KAWAN

Bdol Plangi
 
Saya ada gendang anak manora @ makyong.. Taridra mayong secara live memang sangat hebat dan membuat hati begitu teruja sekali dengan iringan muzik berhantunya itu.. hehee!  Saya jarang miss..

Sma Lubis

Mana tak suka, mek-mek yang berlakon tu come lote.

Bdol Plangi

Tiket paling mahal yang saya pernah saya ada ialah RM1,000-00.. VIP dengan Perdana Menteri.. Itu pun free sebab jadi urusetia penganjur la mamak Sma Lubis.. hikhikk!

Bdol Plangi

Dulu masa zaman GPMS.. dia orang rajin anjur makyong untuk kutipan amal.. hehee!

Sma Lubis

Betul tu.

Bdol Plangi

Primadona makyong tu dah arwah kan mamak.. Datuk Khatijah.. Lama dah tak dengar cerita dia.. hehee!

Sma Lubis

Ya. Sedekahkan Fatihah kepada Allahyarham Datuk Khatijah.

Bdol Plangi
 
Memang hebat persembahan mereka ni.. Itu yang saya terbayang andaikata kita mampu taridrakan pulak epik kita.. walaupun tak sehebat makyong tapi tak kalah dengan makyong.. hehee!

Kemboja Putih N

Betul, betul, betul


Zul Amin

Mak yong tidak ada duanya. Janganlah ada negara luar cuba nak... Apa sajalah!


Kuda Kepang




 
KUDA KEPANG, sejenis tarian yang boleh menyebabkan penarinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sangat popular di negeri Johor. Tarian ini diiringi oleh kumpulan genderang  terdiri daripada 2 gendang, sepasang  kenong, gong dan 5 angklung. 

Ia mengkisahkan enam lelaki Jawa yang menyebarkan Islam ke pedalaman Pulau Jawa. Untuk menarik perhatian orang ramai, lelaki-lelaki ini menunggang kuda dan menceritakan semua peperangan yang mereka menangi demi menyebarkan syiar Islam. Tarian ini dipersembahkan oleh sembilan penari yang duduk di atas kuda dua dimensi diperbuat daripada kulit. 

Komen rakan

Daniel Hariri
Mantap, ternyata kuda kepang bukan hanya terkenal di indonesia, mudah2an sampai seluruh dunia.

Rosli Nasution
Bahaya ni yeop, luka lama berdarah kembali

Sma Lubis
Ni kebudayaan Johor

Rosli Nasution
Iya yeop, tapi berasal dari jawa, kebudayaan Jawa Johor

Dikir Barat




 

Dikir barat adalah gaya nyanyian yang berasal dari negeri Kelantan. Ia dikenali di seluruh Semenanjung Malaysia menerusi persembahan yang disiarkan di televisyen tempatan  juga persembahan oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Bilangan anggota dalam kumpulan dikir barat tidak terhad. Kumpulan diketuai oleh seorang tukang karut yang mencipta rangkap dan menyanyikannya. Bahagian korus dinyanyikan secara beramai, rangkap demi rangkap. Kumpulan dikir barat selalunya dipersembahkan di berbagai pesta dalam bentuk hiburan yang ringan. Rangkapnya boleh menyentuh sebarang topik dan isu. Secara tradisi, korus dinyanyikan oleh kaum lelaki, tetapi kumpulan moden, terutama yang membuat persembahan di televisyen selalu juga disertai wanita. Secara tradisi, tiada alat muzik yang digunakan. Nyanyian diiringi oleh tepukan berirama dan pergerakan tubuh. Ada juga sesetengah kumpulan yang menggunakan rebana, gong dan maracas sebagai pengiring nyanyian.

Komen Fauzi Harahap

Ada gendang ibu dan gendang anak, Dikir Barat asalnya dari India yang dipelopori oleh golongan India Utara Muslim, asal perkataan barat itu adalah Bharat - nama lain negeri India, dulu orang India Muslim berzikir dengan cara seperti itu, sebab itu dipanggil zikir dari Bharat, loghat Kelantan dikir barat, kita boleh lihat kadang-kadang ada diselitkan acara ini dalam filem-filem Hindustan.

Boria



BORIA adalah nyanyian, lakonan dan tarian tradisional, umumnya dimainkan di Pulau Pinang. Ia merupakan pantun yang dipersembahkan dalam gaya muzik barat dengan langkah tari seperti quick-step, rhumba atau soul. Mungkin ia dibawa masuk ke Malaysia bertahun-tahun dahulu oleh pedagang-pedagang India Muslim, namun hari ini ia sinonim dengan masyarakat Melayu Pulau Pinang. Biola, marakas dan tabla diguna untuk mengiring nyanyiannya, tetapi ada juga yang menggunakan kumpulan muzik pop.

Komen Fauzi Harahap 

dah malap persembahan kebudayaan ni, dulu sebelah utara M'sia top dgn Boria dan Ghazal Party kedua-duanya asal dari India

Komen Zul Amin  

Boria adalah sesuatu persembahan yang tidak ada duka nya. Jika kita hendak bergembira bersama keluarga, saya ingat Boria paling sesuai. Dan kandongan persembahan adalah terkini. Kupasan dan teguran mengenai ehwal semasa dibuat secara santai, tetapi effective. Pihak yang kena kritik pun turut boleh ketawa. Ada lawak jenaka, tarian yang disusun kemas dan nyanyian secara usik sindiran.
Sunggoh menyeronokan. Personaliti Lawak sering lahir dari persembahan Boria. Pakaian perserta sungguh mengancam.

Nobat Kedah


 

Ketika upacara Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah awal tahun ini, rakyat Malaysia berpeluang melihat persembahan Nobat dari negeri Kedah. Walaupun negeri-negeri lain seperti Terengganu, Perak dan Selangor juga memiliki muzik diraja itu, Nobat Kedah adalah yang tertua.

Dipercayai Nobat bermula apabila Sultan Kedah, Sultan Mohammad Jiwa melawat  India. Baginda telah mendengar Nobat dimainkan dalam salah sebuah istana. Baginda serta-merta jatuh cinta dengan bunyi muzik itu. Sekembali ke Kedah, baginda memerintahkan Nobat dipersembahkan. Bagaimanapun, baginda tidak mengekalkan tiga daripada alat muzik Nobat asal iaitu Serunai panjang dan dua Gong Hindu.
Oleh kerana itu, pada hari ni Nobat yang dimainkan hanya menggunakan enam alat muzik.
Pemuziknya dinamakan Orang Nobat. Notasi lagu-lagunya iaitu Lagu Perang, Raja Burung, Belayar, Perang, Mambang Berkayuh, Seratan dan Dewa Raja dicatatkan dalam tulisan  Jawi. Setiap nota dinamakan ‘dai’.

Bahan yang diguna untuk membuat alat-alat muzik ini terdiri daripada akar rotan, kulit rusa, kulit harimau hingga ke bahan perak. Nobat Kedah ditempatkan dalam bangunan indah di tengah bandar Alor Star dinamakan Balai Nobat. Terdapat beberapa syarat yang mesti dipatuhi ketika mengendalikan alat-alat muzik ini. Misalnya, pemuzik yang membuat persembahan di istana mesti keluar daripada Balai Nobat mengikut cara yang telah ditetapkan. Mahaguru yang menjadi ketua adalah yang pertama keluar dan tiada seorang pun dibenarkan melintas di hadapannya pada bila-bila masa pun. Berpakaian rasmi serba hitam dengan kain samping songket dan tengkolok, Orang Nobat kelihatan begitu segak, melambangkan warisan dan budaya.

Alat muzik Nobat:

Tongkat Cokmar Diraja - diperbuat daripada rotan semambu berukuran 1.8m. Nobat hanya boleh dimainkan apabila Mahaguru memegang alat ini yang dibalut dengan baldu kuning diraja. Apabila pembalut baldu ini lusuh, ia tidak digantikan. Sebaliknya, baldu baru dijahitkan di atasnya.
Nahara - gendang kecil yang diperbuat daripada kayu terpilih dan kulit rusa.
Gendang Ibu dan Gendang Anak - gendang bersaiz sederhana yang diperbuat daripada kulit harimau atau kulit kambing. Kayu pemukulnya diperbuat daripada kayu  Kemuning.
Nafiri - trompet diperbuat daripada perak tulen dan panjangnya kurang daripada 1 meter.
Serunai -  mempunyai tujuh lubang pada permukaan dan satu lubang di bahagian bawah.
Gong - diperbuat daripada gangsa.

Pada hari-hari biasa, Nobat dimainkan pada masuk waktu solat. Dalam upacara khas,  Nobat hanya boleh dimainkan dengan izin Sultan Kedah, seperti:
Ketika upacara pertabalan Sultan baru.
Hari keputeraan Sultan.
Perkahwinan diraja
Kemangkatan Sultan atau Sultanah, Raja Muda, putera, puteri dan anggota keluarga diraja yang lain.
Ketibaan tetamu kehormat negeri Kedah
Mengumumkan Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan hari kebesaran Islam yang lain.


Komen Zul Amin

Keterangan dari sdr sungguh mendidik. Instruments ini digunakan sebagai lambang dan cara keakraban Raja dan Rakyat. Daulat Tuanku.

Dondang Sayang


http://sssz.tripod.com/BUDAYA2.htm




DONDANG SAYANG berasal dari Melaka pada abad ke-15. Kumpulan dondang sayang terdiri daripada 4 pemuzik yang memainkan biola, 2 rebana, sebuah gong atau tetawak.  Ketua pemuzik selalunya adalah pemain biola yang menjadi tonggak dondang sayang, memberikan melodi tingkah bagi suara penyanyi. Pemuzik boleh bertukar-tukar alat muzik di antara persembahan, namun pemain biola tidak demikian, meskipun itu memang dibenarkan. Jika ada pemuzik simpanan, 5 rebana boleh digunakan. Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan tambur, atau kompang.  Irama dondang sayang lembut perlahan, dengan lagunya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan irama biola, kemudian rebana dan disusuli pula oleh gong. Suara penyanyi masuk ketika bar yang ke-5. Gaya dondang sayang agak tidak formal dan liriknya pula terdiri daripada pantun-pantun cinta. Ada masanya alat muzik dondang sayang ditambah dengan akordian.

KOMEN ZUL AMIN:

Dondang Sayang Baba dan Nyonya
Kegemaran rakyat seluruh Malaysia
Rebana Ubi gendang senada
Paluan membakar semanggat waja.

Di Teluk Kemang air nya biru
Ramai mandi dara jelita
Lagi sekampung hati merindu
Ini kan pulak jauh di mata.

Enak sungguh kopi yang pekat
Minum dengan si goreng pisang
Sri Mersing dongengan rakyat
Dugaan hidup di rantau orang

Rebana Ubi



 



Rebana ubi adalah dram besar berbentuk kon, tingginya 1 meter dan ukuran lilitannya 70 centimeter. Kumpulan Rebana Ubi beradu antara sama lain dalam pesta selepas menuai dengan cara bermain dalam pola berirama saling bersambung.


KOMEN ZUL AMIN:

Wow..Jelas gendang ini adalah gendang keriangan.. Meluahkan rasa syukur atas rezki yang dilimpahi oleh Allah SWA. Jauh bezanya dengan gendang orang seberang yang nampaknya ada unsur-unsur khurafat...Memuja roh dan...dan...

Cuba baca artikel bertajuk `Tari Tradisional Mandaiing` oleh Edi Nasution dalam laman Gondang Mandailing melalyui gondang blogspot.com/2012/03/seni-tari. Baca tentang tor tor. You will learn something...

Dulu atau sekarang tidak menjadi persoalannya. Yang jelas ialah ia asalnya bertujuan memuja roh. Gerak-gerinya masih lagi sama. Asal tujuan gendang rebana ubi hingga ke hari ini ialah luahan rasa kesyukuran dan keriangan, gerak-gerinya masih lagi sama. Masih lagi tidak nampak perbezaannya? Kalau tak nampak, tak apalah. Kita jangan membuang masa.

KOMEN AHMED YUSHAMUDDEN:

Sejenis gendang yang unik dan satu2nya di dunia.