Pages

Rawat Kanser Dengan Sabah Snake Grass


Peringatan:

Ini adalah “rawatan kanser alternatif.” Adalah mustahil satu kaedah atau satu herba mampu menyembuh berbagai jenis kanser yang dihidapi oleh para pesakit. Setiap individu itu berbeza dan keadaan penyakit juga berlainan. Artikel ini sekadar berkongsi maklumat.



Sabah Snake Grass, atau namanya dalam bahasa Cina, Yu Xun Cao, atau nama Melayunya Belalai Gajah. Pokok ini mempunyai daun hijau berbentuk panjang dan rasanya manis. Ia berbeza daripada Indian Snake Grass yang berdaun pendek dan rasanya sangat pahit.

Secara tradisional, lazimnya ia diguna untuk sakit tekak, asid urik, gout, uterine fibroid, masalah buah pinggang, bengkak prostat, masalah kulit seperti ekzema, psoriasis dan shingles.

Ketika melayari Internet, ada laporan menyebut bahawa Sabah Snake Grass mampu menyembuhkan kanser paru-paru, kanser uterus, kanser prostat, kanser payudara, leukemia dan pesakit yang menjalani dialisis. Sepertimana kimoterapi sesuai untuk sesetengah orang, begitu juga Sabah Snake Grass. Bukan semua orang sesuai menjalani rawatan ini.   

Selain itu ada juga yang menyatakan bahawa Sabah Snake Gras boleh membantu orang yang mengalami paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Resepi herba untuk rawatan kanser

Kanser tahap 1: 30 helai daun sehari.
Kanser tahap 2: 50 helai daun sehari.
Kanser tahap 3: 100 helai daun sehari.
Kanser tahap 4: 150-200 daun sehari.
Kurangkan dos apabila keadaan penyakit bertambah surut.

Arahan mengadun Sabah Snake Grass
  1.  Tuang setengah cawan air bersih ke dalam mesin pengadun.
  2. Masukkan 1 atau 2 kiub ais untuk mengelakkan kepanasan ketika mengadun.
  3. Masukkan ¼ biji lemon atau ½ biji limau (bagi membekalkan vitamin C dan mengelakkan pengoksidaan)
  4. Masukkan daun segar Sabah Snake Grass yang dicuci bersih mengikut bilangan helai yang dinyatakan tadi ke dalam mesin pengadun.
  5. Kupas sebiji epal hijau, buang biji dan empulur, dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam mesin. 
  6. Adun kesemua bahan. Minum segera atau dalam masa 5 minit selepas diadun pada setiap pagi.

Untuk mendapatkan bekalan berterusan, sebaik-baiknya 50 pokok ditanam bagi bekalan 150 helai daun sehari. Ambil hanya 3 helai daun daripada satu-satu pokok setiap hari.Dengan cara itu tidaklah ada tekanan ke atas pokok tersebut. Pokok ini lebih sesuai ditanam di tempat teduh dan mampu menghasilkan daun yang banyak selepas ditanam kira-kira 3 hingga 4 bulan.Namun begitu pesakit kanser tidak boleh menunggu begitu lama. Oleh yang demikian beli sahaja pokok matang yang sudah berusia setahun.

Di mana hendak mendapatkan bekalan Sabah Snake Grass:

Bagi mereka yang tinggal di Pulau Pinang, pokok ini boleh dibeli di Penang Snake Temple, Pasar Ayer Itam dan Pasar Desa Rambai Bukit Mertajam.

Bagi mereka yang berada di Selangor, cuba cari bekalannya di nurseri Sungai Buloh.

No comments: