Dikir barat adalah gaya nyanyian yang berasal dari negeri Kelantan. Ia dikenali di seluruh Semenanjung Malaysia menerusi persembahan yang disiarkan di televisyen tempatan juga persembahan oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Bilangan anggota dalam kumpulan dikir barat tidak terhad. Kumpulan diketuai oleh seorang tukang karut yang mencipta rangkap dan menyanyikannya. Bahagian korus dinyanyikan secara beramai, rangkap demi rangkap. Kumpulan dikir barat selalunya dipersembahkan di berbagai pesta dalam bentuk hiburan yang ringan. Rangkapnya boleh menyentuh sebarang topik dan isu. Secara tradisi, korus dinyanyikan oleh kaum lelaki, tetapi kumpulan moden, terutama yang membuat persembahan di televisyen selalu juga disertai wanita. Secara tradisi, tiada alat muzik yang digunakan. Nyanyian diiringi oleh tepukan berirama dan pergerakan tubuh. Ada juga sesetengah kumpulan yang menggunakan rebana, gong dan maracas sebagai pengiring nyanyian.
Komen Fauzi Harahap
Ada gendang ibu dan gendang
anak, Dikir Barat asalnya dari India yang dipelopori oleh golongan India Utara
Muslim, asal perkataan barat itu adalah Bharat - nama lain negeri India, dulu
orang India Muslim berzikir dengan cara seperti itu, sebab itu dipanggil zikir
dari Bharat, loghat Kelantan dikir barat, kita boleh lihat kadang-kadang ada
diselitkan acara ini dalam filem-filem Hindustan.
No comments:
Post a Comment