Pages

Penjelajahan Ilmu


Bermula dengan keinginan untuk menambah ilmu mengenai marga Nasution di samping memperluaskan jalinan silaturrahim, Mamak Zul Amin telah membawa seluruh keluarganya pergi menjelajah. Beliau juga mempelawa saya dan isteri (Zaitun Zainuddin) supaya turut serta. Kemboja Putih yang bertindak sebagai penyelaras perjalanan bagi pihak Mamak Zul Amin datang bersama anaknya, Izzuddin.
                   Di rumah Md Nasir Siregar (Kg. Gua Badak, Lenggong)

Pada 17 Julai bermulalah perjalanan kami dari Kuala Lumpur menuju ke Lenggong. Kami warga Kuala Lumpur yang daif di segi ilmu mengenai kaum sendiri disambut penuh ukhuwah oleh Md Nasir Siregar yang berbesar hati membawa kami ke rumah ibunya di Kg. Gua Badak. Lewat petang itu kami juga dibawa melihat pemandangan indah di Tasik Raban.

                                             
                                           Di Tasik Raban Resort

Disebabkan bilangan kami ramai dan di penginapan di Tasik Raban Resort pula telah penuh, kami membuat keputusan menginap di Hotel Heritage, Ipoh.

Pada 18 Julai, selepas makan tengah hari di di Restoran Nasi Kandar Vanggey Vanggey, Greentown, Ahmad Haji Hussein Rangkuti menjemput kami ke rumahnya supaya dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ibunya. Suasana di sini meriah dengan rasa kekeluargaan.




                               Di rumah Ahmad Haji Hussein Rangkuti  

Pada sebelah malamnya kami dikunjungi oleh Fauzi Harahap, Sham Shahrul, Ahmad Haji Hussein Rangkuti, Hasni Malik Nasution, C Nar Yah, Pae Harahap. Lebih menggembirakan lagi, pemilik bengkel SOHIGH, Anisah Mn dan suami turut serta, walaupun terpaksa bergegas dari Langkawi di mana beliau memberi kursus mengenai kayu beberapa hari sebelum itu. 

                                                Majlis Mendalami Ilmu
Di sini kaum wanitanya belajar bahasa Mandailing dengan `pakar bahasa` Hasni Malik Nasution. Berbagai perkataan lucu yang kami belajar sehingga ketawa pecah perut dek telatah Hasni yang kelakar.

Kaum lelakinya pula berbual mengenai Mandailing dan lain-lain. Sementara itu Ahmad Haji Hussein Rangkuti bercerita dengan saya mengenai kaitan keluarganya dengan keluarga saya.

 
Pada pagi 19 Julai pula kami berkunjung ke bengkel SOHIGH di Chemor di mana kami mendapati diri kami dikelilingi berbagai bentuk wakaf yang indah-indah. Rambang mata dibuatnya. Anisah Mn walaupun masih kelihatan keletihan, tetap juga menjamu kami.  


                                                  Bengkel SOHIGH di Chemor

Perjalanan seterusnya ialah ke Kg Sungai Bil di Slim River. Tempatnya agak jauh ke dalam. Namun dengan bantuan Pak Rosli Nasution, dapat juga kami sampai ke sana.

Ketua kampung itu, Haji Abdul Rahman dan keluarga bersusah payah menyediakan makanan asli Mandailing buat kami. Yang paling sedap tentulah Pucuk Ubi Tumbuk dan Ikan Keli Salai.



Di sini Pak Rosli Nasution yang berpengetahuan luas mengenai asal usul Mandailing telah bercerita panjang lebar mengenai hal itu. Bermula dengan pembukaan kampung kaum Mandailing di Kg Air Tawar dan Kg Sungai Bil, kedua-duanya di Perak, serta Kg Kerangai di Negeri Sembilan.

Kami semua kembali ke Kuala Lumpur lewat petang itu. Jalinan silaturrahim ini menjadikan kami lebih berilmu mengenai asal-usul kami dan siapa kami sebenarnya.

Semua ini tidak akan berlaku tanpa hasil usaha Mamak Zul Amin. Kami semua cukup berterima kasih kepada beliau dan kami rasa berbesar hati kerana beliau sudi melibatkan kami dalam penjelajahan ilmu ini.

TERIMA KASIH!!! HORAS!!!   

                                               VIDEO semasa di Kg Sungai Bill LOG ON:
                                              http://zikry56100.tripod.com/SG.%20BIL.htm
  

No comments: