Pages

HORAS: Jalur Gemilang

http://sssz.tripod.com/MAL.gifHORAS: Jalur Gemilang

Jalur Gemilang


Bendera Malaysia, bergelar Jalur Gemilang merupakan kombinasi lambang Islam tradisi dan Bintang serta Jalur.  14 jalur dan 14 bucu bintang menggambarkan 14 negeri manakala bulan sabit serta bintang pula menggambarkan Islam sebagai agama dominan. 

Sejarah Jalur Gemilang

Pada 1949 satu pertandingan merekacipta bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan. Sebanyak 373 penyertaan telah dikemukakan di mana 3 berjaya ke peringkat akhir. Rekaan En. Mohd bin Hamzah dari Jabatan Kerja Raya telah diisytiharkan sebagai pemenang.

Bendera itu mempunyai 11 jalur merah putih berselang-seli. Bulan sabit serta bintang berbucu 11 berwarna kuning melambangkan kedaulatan Yang Di Pertuan Agong manakala warna biru melambangkan gabungan dengan Komanwel.

Ia telah diluluskan oleh King George VI pada 19 Mei 1950, dan mula dikibarkan dalam  satu upacara khas diadakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan istana Sultan Selangor, yang dihadiri oleh Raja-raja Melayu dan pegawai-pegawai British.

Pada 1963 tiga lagi negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai persekutuan. Kini namanya diubah menjadi Malaysia. Bilangan jalur pada bendera ditambah menjadi 14, begitu juga bilangan bucu bintang.
Bagaimanapun pada 1965, Singapura meninggalkan Malaysia, tetapi bendera Malaysia kekal tidak berubah. Kini jalur dan bucu ke-14 itu secara rasmi melambangkan Wilayah Persekutuan.

Sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang




SILA LAYARI:

http://sssz.tripod.com/MAL.gif


Penjelajahan Ilmu


Bermula dengan keinginan untuk menambah ilmu mengenai marga Nasution di samping memperluaskan jalinan silaturrahim, Mamak Zul Amin telah membawa seluruh keluarganya pergi menjelajah. Beliau juga mempelawa saya dan isteri (Zaitun Zainuddin) supaya turut serta. Kemboja Putih yang bertindak sebagai penyelaras perjalanan bagi pihak Mamak Zul Amin datang bersama anaknya, Izzuddin.
                   Di rumah Md Nasir Siregar (Kg. Gua Badak, Lenggong)

Pada 17 Julai bermulalah perjalanan kami dari Kuala Lumpur menuju ke Lenggong. Kami warga Kuala Lumpur yang daif di segi ilmu mengenai kaum sendiri disambut penuh ukhuwah oleh Md Nasir Siregar yang berbesar hati membawa kami ke rumah ibunya di Kg. Gua Badak. Lewat petang itu kami juga dibawa melihat pemandangan indah di Tasik Raban.

                                             
                                           Di Tasik Raban Resort

Disebabkan bilangan kami ramai dan di penginapan di Tasik Raban Resort pula telah penuh, kami membuat keputusan menginap di Hotel Heritage, Ipoh.

Pada 18 Julai, selepas makan tengah hari di di Restoran Nasi Kandar Vanggey Vanggey, Greentown, Ahmad Haji Hussein Rangkuti menjemput kami ke rumahnya supaya dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ibunya. Suasana di sini meriah dengan rasa kekeluargaan.




                               Di rumah Ahmad Haji Hussein Rangkuti  

Pada sebelah malamnya kami dikunjungi oleh Fauzi Harahap, Sham Shahrul, Ahmad Haji Hussein Rangkuti, Hasni Malik Nasution, C Nar Yah, Pae Harahap. Lebih menggembirakan lagi, pemilik bengkel SOHIGH, Anisah Mn dan suami turut serta, walaupun terpaksa bergegas dari Langkawi di mana beliau memberi kursus mengenai kayu beberapa hari sebelum itu. 

                                                Majlis Mendalami Ilmu
Di sini kaum wanitanya belajar bahasa Mandailing dengan `pakar bahasa` Hasni Malik Nasution. Berbagai perkataan lucu yang kami belajar sehingga ketawa pecah perut dek telatah Hasni yang kelakar.

Kaum lelakinya pula berbual mengenai Mandailing dan lain-lain. Sementara itu Ahmad Haji Hussein Rangkuti bercerita dengan saya mengenai kaitan keluarganya dengan keluarga saya.

 
Pada pagi 19 Julai pula kami berkunjung ke bengkel SOHIGH di Chemor di mana kami mendapati diri kami dikelilingi berbagai bentuk wakaf yang indah-indah. Rambang mata dibuatnya. Anisah Mn walaupun masih kelihatan keletihan, tetap juga menjamu kami.  


                                                  Bengkel SOHIGH di Chemor

Perjalanan seterusnya ialah ke Kg Sungai Bil di Slim River. Tempatnya agak jauh ke dalam. Namun dengan bantuan Pak Rosli Nasution, dapat juga kami sampai ke sana.

Ketua kampung itu, Haji Abdul Rahman dan keluarga bersusah payah menyediakan makanan asli Mandailing buat kami. Yang paling sedap tentulah Pucuk Ubi Tumbuk dan Ikan Keli Salai.



Di sini Pak Rosli Nasution yang berpengetahuan luas mengenai asal usul Mandailing telah bercerita panjang lebar mengenai hal itu. Bermula dengan pembukaan kampung kaum Mandailing di Kg Air Tawar dan Kg Sungai Bil, kedua-duanya di Perak, serta Kg Kerangai di Negeri Sembilan.

Kami semua kembali ke Kuala Lumpur lewat petang itu. Jalinan silaturrahim ini menjadikan kami lebih berilmu mengenai asal-usul kami dan siapa kami sebenarnya.

Semua ini tidak akan berlaku tanpa hasil usaha Mamak Zul Amin. Kami semua cukup berterima kasih kepada beliau dan kami rasa berbesar hati kerana beliau sudi melibatkan kami dalam penjelajahan ilmu ini.

TERIMA KASIH!!! HORAS!!!   

                                               VIDEO semasa di Kg Sungai Bill LOG ON:
                                              http://zikry56100.tripod.com/SG.%20BIL.htm
  

Masuk Marga


MASUK MARGA

Bila seorang lelaki bukan mandailing berkahwin dgn wanita mandailing, sebelum bernikah dia akan menjalani satu upacara dinamakan masuk marga mcm dalam gambar ini. Ketika itu marganya ditetapkan oleh ketua upacara. Marganya tidak boleh sama dengan marga bakal
pengantin perempuan. Setelah itu barulah mereka boleh bernikah.

Masjid Papan - Tertua di Perak




MASJID PAPAN yang dibina pada tahun 1888 oleh penghulu Papan, Raja Bilah (1834-1911) adalah masjid tertua dalam bentuk asalnya di negeri Perak. Malah Masjid Papan adalah masjid Mandailing yang tertua di negeri itu, dan barangkali di Malaysia.


Masjid Papan yang juga dikenali sebagai Masjid Raja Bilah sempena nama pengasasnya mencerminkan seni bina Mandailing. Seperti masjid-masjid tempatan yang ditegakkan pada awal kurun ke-19, Masjid Papan tidak mempunyai menara dan kubuh bawang seperti masjid-masjid yang dipengaruhi oleh seni bina Turki dan India Moghul. Bentuk dan seni bina Masjid Papan serupa dengan masjid-masjid kayu yang masih boleh ditemui di Tapanuli Selatan, dan kerana itu, besar kemungkinan Masjid Papan dibina oleh tukang-tukang Mandailing.

Sepanjang Masjid Papan digunakan sebagai sebuah masjid, ianya diimarahkan oleh jamaah Islam Mandailing, Talu, Rawa, Jawa, Melayu dan ìBenggali Islamî sehingga Perang Dunia Kedua.

Kemudian masjid itu digunakan sebagai sebuah surau oleh kaum keluarga Raja Bilah, dan pelawat-pelawat beragama Islam yang mengunjungi pekan Papan yang bersejarah itu.

Masjid Papan (atas) dan sebuah masjid Mandailing di Tapanuli Selatan (bawah). Kedua-dua masjid itu diperbuat dari kayu. Bentuk anjung mihrab, bumbung dua lapis dan tunjuk langitnya serupa sahaja.

Anak lelaki tertua Raja Bilah, Raja Yacob telah mendapatkan Jabatan Ukur Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menyukat tapak tanah masjid itu dan mewartakan kawasan masjid.

Tapak masjid itu seluas 0.087 ekar diisytiharkan sebagai "Mosque Reserve" pada 6 April 

1923, sementara kawasan masjid itu diwartakan sebagai "tanah larangan tapak masjid tempat sembahyang bagi orang2 Islam dijagai oleh Penghulu mukim Papan dan Imam Masjid Papan" pada 3 November 1923.

Makanya masjid itu telah diwakafkan dengan rasminya sebagai wakaf umum dengan kehendak agama Islam. Maka masjid itu menjadi milik Allah, dan kerana itu adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menjaga maruah masjid itu.

Keadaan terancam masjid itu telah sampai kepada pengetahuan umum sejak 1992, apabila sebahagian bumbung zink masjid itu diterbangkan angin kencang dan mendedahkan lantas masjid itu kepada hujan. Lantainya sudahpun reput dibaham hujan dan dimakan anai-anai. Sehingga kini, tida ada tindakan amaliah diambil oleh orang Islam atau pihak berkuasa untuk menyelamatkan masjid itu.

SUMBER : http://www.mandailing.org/ind/rencana5.html

BATU GAJAH

                                                         Charles Alma Baker, House

 Rumah ini dahulunya dimiliki oleh Charles Alma Baker yang dilahikan di Otago, New Zealand. Asalnya ia merupakan rumah berbumbungkan atap, mungkin telah dibina pada 1890 atau 1900.  Charles Alma Baker seorang juruukur, pelombong dan peladang dari New Zealand yang tiba di Batu Gajah pada lewat 1890an. Dia bertugas di Pejabat Tanah Kinta dan dalam kerja-kerja pembinaan jalan di Perak Selatan. Dia dianggap salah seorang perintis yang menyumbang dalam pembangunan Batu Gajah.
Mulanya Alma Baker diberi kontrak untuk kerja-kerja ukur bagi kerajaan Perak sebelum kontraknya ditamatkan pada 1897 setelah kejituan kerja ukurnya menyebabkan siasatan dijalankan ke atas aktivitinya. Konsesi perlombongannya yang paling menguntungkan ialah di Gunung Lanno yang kemudiannya membiayai penglibatannya dalam perladangan getah.

Komen rakan saya:


Azhar Rangkuti

Rumah ini telah dibeli, dibuka dan dibina semula oleh seorang tokoh korporat di Terengganu. Kisahnya pernah keluar di STAR beberapa tahun lalu . Dulu, masa duduk Bemban, selalu pass by rumah ni (dekat kem askar), bila nak ke pekan atau Changkat .
Dengar khabar D.O. kena tukar sebab Sultan murka sebab rumah ini dijual tanpa pengetahuannya.


 Benarlah seperti kata Azhar Rangkuti. Rumah Charles Alma Baker telah mengalami perubahan bila ia dibina semula di Setiu, Terengganu oleh pemilik barunya. Kini ia dinamakan RUMAH OMBAK. 

Mak Yong


 
Mak Yong adalah taridrama berasal dari Kelantan, dipersembahkan oleh pelakon-pelakon wanita dengan diiringi pemuzik lelaki yang memainkan rebab, serunai, 2 gong dan 2 gendang. Gendang, gong atau serunai boleh ditambah.
Biasanya cerita Mak Yong mengambil beberapa malam untuk ditamatkan. Ringkasan bentuk persembahan adalah seperti berikut:
Malam Pembukaan
Acara pembukaan – terdiri daripada berbagai ritual, termasuk lagu pembukaan alu-aluan "Sedayung Pak Yong" yang dinyanyikan oleh seorang bomoh.
Pendahulu muzik pembukaan – sehingga para pelakon wanita berada di pentas
Lagu kemasukan - "Pak Yong Turun", instrumental
Lagu-lagu nyanyian
1. Menghadap Rebab (tarian dan nyanyian untuk mengalu-alukan rebab)
2. Sedayung Pak Yong
3. Sedayung Mak Yong
4. Lagu pengenalan bagi watak-watak
5. Pecah cerita (cerita utama bermula)

Malam-malam Berikut
Lagu isyarat - "Bertabuh" (memukul gendang dan gong)
Pendahulu muzik pembukaan – sehingga para pelakon wanita berada di pentas
Lagu kemasukan - "Pak Yong Turun", instrumental
Lagu-lagu nyanyian
1. Menghadap Rebab (tarian dan nyanyian untuk mengalu-alukan rebab)
2. Pecah cerita (cerita utama bermula)
Repertoire lengkap mengandungi lebih daripada 30 karya muzik. Ini dibahagikan kepada dua jenis utama: karya muzik gendang, dan karya nyanyian. Muziknya terdiri daripada 3 lapisan bunyi: melodi, irama gendang, dan bentuk muzik.

LOG ON: http://zikry56100.tripod.com/BUDAYA5.htm
KOMEN KAWAN-KAWAN

Bdol Plangi
 
Saya ada gendang anak manora @ makyong.. Taridra mayong secara live memang sangat hebat dan membuat hati begitu teruja sekali dengan iringan muzik berhantunya itu.. hehee!  Saya jarang miss..

Sma Lubis

Mana tak suka, mek-mek yang berlakon tu come lote.

Bdol Plangi

Tiket paling mahal yang saya pernah saya ada ialah RM1,000-00.. VIP dengan Perdana Menteri.. Itu pun free sebab jadi urusetia penganjur la mamak Sma Lubis.. hikhikk!

Bdol Plangi

Dulu masa zaman GPMS.. dia orang rajin anjur makyong untuk kutipan amal.. hehee!

Sma Lubis

Betul tu.

Bdol Plangi

Primadona makyong tu dah arwah kan mamak.. Datuk Khatijah.. Lama dah tak dengar cerita dia.. hehee!

Sma Lubis

Ya. Sedekahkan Fatihah kepada Allahyarham Datuk Khatijah.

Bdol Plangi
 
Memang hebat persembahan mereka ni.. Itu yang saya terbayang andaikata kita mampu taridrakan pulak epik kita.. walaupun tak sehebat makyong tapi tak kalah dengan makyong.. hehee!

Kemboja Putih N

Betul, betul, betul


Zul Amin

Mak yong tidak ada duanya. Janganlah ada negara luar cuba nak... Apa sajalah!