Pages

Jalur Gemilang


Bendera Malaysia, bergelar Jalur Gemilang merupakan kombinasi lambang Islam tradisi dan Bintang serta Jalur.  14 jalur dan 14 bucu bintang menggambarkan 14 negeri manakala bulan sabit serta bintang pula menggambarkan Islam sebagai agama dominan. 

Sejarah Jalur Gemilang

Pada 1949 satu pertandingan merekacipta bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan. Sebanyak 373 penyertaan telah dikemukakan di mana 3 berjaya ke peringkat akhir. Rekaan En. Mohd bin Hamzah dari Jabatan Kerja Raya telah diisytiharkan sebagai pemenang.

Bendera itu mempunyai 11 jalur merah putih berselang-seli. Bulan sabit serta bintang berbucu 11 berwarna kuning melambangkan kedaulatan Yang Di Pertuan Agong manakala warna biru melambangkan gabungan dengan Komanwel.

Ia telah diluluskan oleh King George VI pada 19 Mei 1950, dan mula dikibarkan dalam  satu upacara khas diadakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan istana Sultan Selangor, yang dihadiri oleh Raja-raja Melayu dan pegawai-pegawai British.

Pada 1963 tiga lagi negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai persekutuan. Kini namanya diubah menjadi Malaysia. Bilangan jalur pada bendera ditambah menjadi 14, begitu juga bilangan bucu bintang.
Bagaimanapun pada 1965, Singapura meninggalkan Malaysia, tetapi bendera Malaysia kekal tidak berubah. Kini jalur dan bucu ke-14 itu secara rasmi melambangkan Wilayah Persekutuan.

Sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang




SILA LAYARI:

http://sssz.tripod.com/MAL.gif


No comments: